Cari @ Amanz

Di era yang sangat canggih kini, mempunyai komputer riba adalah satu perkara wajib untuk kita sebagai pengguna teknologi. Antara komputer riba yang sering kita dengar di pasaran teknologi adalah komputer riba berjenama HP. Namun, bagaimana spesifikasi dan ciri ciri yang diperlukan adalah bergantung kepada kegunaan harian dan bajet kita sendiri. Bagi anda yang mempunyai hasrat untuk memiliki sebuah komputer riba dan mempunyai bajet sebanyak RM3000, HP mempunyai senarai yang boleh memenuhi kehendak dan kemampuan anda.

HP Pavilion x360 14-ba063TX Convertible Touchscreen Laptop

Komputer riba ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i3-7100U, bersama sama dengan memori DDR4-2133 SDRAM sebanyak 4GB dengan cakera keras 500 GB. Kad grafik NVIDIA GeForce 940MX dengan memori DDR3 sebanyak 2GB digunakan untuk menggerakkan bahagian bahagian grafik komputer riba ini. Peranti seberat 1.75kg ini menggunakan sebuah paparan bersaiz lebar 14 inci dengan resolusi 1366 X 768 pixel. Jenama ini juga menggunakan sistem operasi Windows 10. Pada harga RM2499, ia turut disertakan dengan jaminan selama 2 tahun.

HP 15-bs641TX Laptop dan HP 15-bs642TX

Kedua-dua komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang sama, namun apa yang membezakannya adalah pada warnanya. Komputer riba model HP 15-bs641TX hadir dengan warna Jet Black manakala model HP 15-bs642TX pula hadir dengan warna Natural Silver. Siri komputer riba ini dilengkapi dengan kad grafik AMD Radeon 520 bersama memori DDR3 sebanyak 2GB. Untuk komputer riba siri ini, ia berjalan dengan terbinanya cip pemprosesan Intel Core i5-7200U, bersama sama dengan memori DDR4-2133 SDRAM sebanyak 4GB dengan cakera keras 1TB.

Komputer riba ini beroperasi dengan menggunakan sistem operasi Windows 10 dan mempunyai berat sehingga 2.1kg. Ia juga direka dengan paparan bersaiz lebar 15.6 inci FHD dengan resolusi 1920X1080 pixel. Komputer riba ini oleh didapati pada harga RM2349, dan disertakan dengan jaminan selama 2 tahun dan setahun untuk bateri utama.

HP x2 Detachable 10-p020TU

Komputer riba berharga RM1599 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom x5-Z8350 dengan sistem operasi Windows 10. Siri yang mempunyai berat sehingga 1.16kg ini direka dengan memori DDR3L-1600 SDRAM sebanyak 2GB dengan cakera keras 500GB bersama 32GB eMMC. Ia juga mempunyai paparan skrin sentuh bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1280X800 pixel. Komputer riba ini juga mempunyai kad grafik Intel HD 400 dan komputer riba ini diberi jaminan selama setahun.

HP 14-bs580TU, HP 14-bs577TU dan HP 14-bs581TU Laptop

Untuk ketiga-tiga komputer riba siri ini, cip pemprosesan Intel Core i3-6006U dengan sistem operasi Windows 10 telah digunakan. Komputer riba model HP 14-bs580TU hadir dengan warna Jet Black, model HP 14-bs577TU berwarna Natural Silver dan manakala komputer riba model HP 14-bs581TU pula hadir dengan warna Empress Red. Walaupun ketiga-tiga ini merupakan model yang berbeza, namun mereka mempunyai spesifikasi yang sama. Komputer riba ini mempunyai berat sehingga 1.90kg dengan saiz paparan selebar 14 inci dan resolusi 1366X768 pixel bersama kad grafik Intel HD520. Peranti berharga RM1839 dan diberi jaminan selama 1 tahun ini direka dengan memori DDR4-2133 SDRAM sebanyak 4GB dengan cakera keras 1TB.

HP Pavilion 15-ck063TX Laptop

Peranti ini beroperasi menggunakan sistem Windows 10 dengan cip pemprosesan Intel Core i5-8250U. Memori yang terbina dalam komputer riba ini adalah 4GB DDR4-2400 SDRAM bersama 1TB cakera keras. Siri HP ini juga direka dengan saiz paparan selebar 15.6 inci FHD dengan resolusi 1920X1080 pixel. Untuk menyokong paparan grafiknya, ia dibina dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB. Komputer riba seberat 1.86 kg ini boleh didapatkan dengan harga RM2899 bersama jaminan selama 2 tahun dan setahun untuk bateri utama.


Jadi, dengan harga RM3000 sahaja, komputer riba keluaran HP ini adalah sangat berpatutan sesuai dengan spesifikasi yang telah mereka tawarkan. Komputer riba keluaran HP ini boleh didapati di kedai kedai utama di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HP Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd