Dell XPS 13 (2018) Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula RM5999 Di Malaysia

Dell XPS 13 (2018) Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula RM5999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Dell Malaysia hari ini telah sedia mengumumkan bakal menawarkan komputer riba XPS 13 untuk pasaran tempatan pada penghujung Januari 2018 ini. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Dell Malaysia mengumumkan ia akan ditawarkan pada harga bermula RM5999.

Dell XPS 13

Dell XPS 13 (2018) menerima kemaskini dari segi rekaan, dimana kini kamera diposisikan semula kebahagian tengah, dan turut menyokong Windows Hello. Disamping itu, ia turut menyertakan rekaan berwarna putih, selain dilengkapi pengimbas cap jari.

Dell XPS 13 akan hadir dalam pilihan Intel Core i5 dan i7, selain dijangka menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 19 jam, dan storan berkapasiti mencapai 1TB SSD.

Dell XPS 13

Buat masa ini, konfigurasi untuk model berharga RM5999 ini masih tidak diketahui lagi. Dell Malaysia mengatakan akan mula menawarkannya melalui laman web rasmi mereka pada 26 Januari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN