Nokia (HMD Global) Menjanjikan Kejutan Menarik Pada MWC 2018

Nokia (HMD Global) Menjanjikan Kejutan Menarik Pada MWC 2018

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Dengan bulan Februari yang menjelang tiba, semestinya salah satu acara yang menjadi perhatian ramai adalah Mobile World Congress 2018. Ia bakal menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan, dan pihak Nokia kini telah memberikan beberapa petanda untuk produk baru mereka.

Melalui Twitter, Juho Sarvikas berkongsi mengatakan mereka akan membuat pengumuman yang mengagumkan pada acara MWC 2018 kelak. Apakah yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya, tetapi sesuatu yang dijangka ramai adalah pengenalan Nokia 6 (2018) pada acara berkenaan.

Pada tahun 2017 lepas, melalui acara Mobile World Congress 2018, pihak Nokia telah mengumumkan Nokia 3310 yang mana mencuri perhatian ramai dan telah menjadi bualan mulut ramai pengunjung pada acara berkenaan dan media seluruh dunia.

Nokia 3310

Mungkinkah kita akan dapat melihat satu lagi peranti klasik diberikan nafas baru oleh Nokia pada acara MWC 2013 ini? Atau mungkinkah kita akan dapat melihat Nokia 3310 4G?


TIPS & ULASAN