Dermaga Pengecas Ini Mengubah Apple Watch Menjadi Sebuah iMac G3

Dermaga Pengecas Ini Mengubah Apple Watch Menjadi Sebuah iMac G3

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Apple iMac G3 ialah antara rekaan ikonik yang dihasilkan oleh Steve Jobs dan Sir Jony Ive. Komputer desktop padat semua dalam satu ini mempunyai panel lutsinar pelbagai warna yang membolehkan pemilik melihat komponen dalamannya. Ia turut menjadi komputer pertama Apple yang dilengkapi port USB.

Bagi peminat iMac G3, anda boleh memilikinya semula dalam versi miniatur. Dermaga pengecasan Elago W4 mengubah sebuah Apple Watch menjadi sebuah iMac G3 yang comel. Terdapat dua pilihan warna diberikan iaitu biru cair dan merah jambu. Pengguna tidak perlu risau jam tangan pintar mereka akan tercalar kerana dermaga ini diperbuat daripada silikon sepenuhnya.

Bagi yang berminat ia dijual pada harga $14.49 (~RM 60) sebuah. Sekiranya iMac G3 tidak menarik minat anda, Elago turut ada menghasilkan dermaga berbentuk Apple Macintosh 1984.


TIPS & ULASAN