Pepijat iOS Dan macOS Mengakibatkan Peranti Gagal Beroperasi Selepas Menerima Pautan iMessage

Pepijat iOS Dan macOS Mengakibatkan Peranti Gagal Beroperasi Selepas Menerima Pautan iMessage

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Sudah menjadi lumrah di dalam dunia teknologi perisian mempunyai pepijat. Ini adalah kerana terdapat jutaan barisan kod di dalam perisian dan mencari pepijat mengambil masa yang lama. Sebuah pepijat pada sistem operasi iOS dan macOS ditemui semalam. Ia mengakibatkan peranti gagal beroperasi sekiranya dihantar kepada pengguna iPhone, iPad dan komputer Mac.

Pautan laman web yang spesifik di atas apabila dihantar menggunakan iMessage akan mengakibatkan aplikasi ini gagal beroperasi selama beberapa minit. Pengguna kemudian terpaksa menghidupkan semula peranti sekiranya mereka mahu menggunakan peranti secara normal.

Pepijat ini menjejaskan peranti yang menggunakan iOS 10.0 hingga 11.2.5 dan sesetengah macOS. Berita baik bagi pengguna Apple ialah pepijat ini sudahpun ditampal dalam iOS 11.2.5 beta 6. Dengan kemaskini OS 11.2.5 dan macOS High Sierra 10.13. minggu hadapan, ia tidak akan lagi mendatangkan masalah kepada pengguna.


TIPS & ULASAN