Aplikasi WhatsApp Business Dilancarkan – Terhad Untuk Lima Buah Negara Buat Masa Ini

Aplikasi WhatsApp Business Dilancarkan – Terhad Untuk Lima Buah Negara Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Penggunaan media sosial untuk tujuan perniagaan kini adalah perlu. Kegagalan menggunakannya secara efektif boleh menyebabkan perniagaan gulung tikar. Bagi memudahkan pelanggan berhubung dengan perniagaan, WhatsApp Business mula diuji tahun lalu. Hari ini ia akhirnya dilancarkan secara rasmi di Indonesia, Itali, Mexico, U.K dan Amerika Syarikat.

WhatsApp Business ditawarkan secara percuma pada platform Android sahaja buat masa ini. Dengan aplikasi ini, pengguna akan mempunyai profil khas yang mengesahkan mereka adalah sebuah perniagaan. Ini membolehkan mereka meletakkan alamat perniagaan, nombor telefon, emel. laman web dan maklumat mengenai syarikat pada bahagian profil. Automasi pada sistem pemesejan membolehkan jawapan pantas diberikan kepada soalan lazim dan penghantaran mesej kepada pelanggan ketika peniaga sibuk untuk melayan pelanggan.

Buat masa ini ia hanya ditawarkan kepada lima negara di atas. Pihak WhatsApp akan melancarkannya di negara-negara lain secara berperingkat di minggu-minggu mendatang.

 


TIPS & ULASAN