Google Memperlihatkan Rekaan-Rekaan Awal Pixel 2

Google Memperlihatkan Rekaan-Rekaan Awal Pixel 2

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Sebelum peranti dihasilkan, pengeluar akan menguji pelbagai prototaip terlebih dahulu. Kadang kala rekaan-rekaan awal ini tertiris ke arena web dan berjaya menyorokkan rekaan sebenar sebelum peranti dilancarkan secara rasmi. Semalam Google telah memperlihatkan beberapa rekaan prototaip awal untuk Pixel 2 menerusi temubual bersama Ivy Ross yang merupakan ketua bahagian rekaan mereka.

Antara rekaan yang diuji ialah penggunaan dwi-kamera belakang dengan konfigurasi huruf L, panel belakang yang boleh ditukar ganti, saiz lensa yang lebih besar, tubuh yang lebih berkotak dan kedudukan pengimbas cap jari yang berbeza.

Menurut laporan 9to5 Google, mereka mendapat maklumat yang mengatakan terdapat prototaip dengan pengimbas cap jari yang menggunakan warna Google. Apakah pendapat anda mengenai rekaan-rekaan awal ini? Adakah rekaan akhir yang digunakan adalah pilihan terbaik?

Sumber Google Blog menerusi 9to5Google


TIPS & ULASAN