Huawei Akan Mula Menggunakan Aplikasi Permesejan Android Messages Pada Peranti Mereka Selepas Ini
Aman
Hari ini, Google dan Huawei mengumumkan kerjasama, dimana selepas ini Huawei akan mula mengintegrasikan aplikasi Android Messages untuk menguruskan permesejan, dan tidak lagi memerlukan mereka menawarkan aplikasi tersendiri pada telefon pintar mereka.
Dengan integrasi Android Messages, ia turut menyertakan sokongan RCS – sekaligus menawarkan sokongan perkongsian media, perbualan berkumpulan, permesejan melalui WiFi. Sokongan RCS ini adalah evolusi seterusnya untuk aplikasi permesejan, dan tidak lagi sekadar menghantar dan menerima teks sahaja seperti pada SMS sebelum ini.

Google mengatakan Huawei akan mengintegrasikan Android Messages pada peranti mereka dalam bulan-bulan akan datang.
Bagi anda sendiri, boleh mencuba Android Messages hari ini dengan memuat-turunnya daripada Google Play Store hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.