Facebook Menguji Kebolehan Muat-Naik Facebook Stories Melalui Desktop

Facebook Menguji Kebolehan Muat-Naik Facebook Stories Melalui Desktop

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Facebook sedia menawarkan ciri perkongsian gambar dan video yang hilang selepas 24 jam, iaitu Facebook Stories. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan melalui aplikasi mudah-alih Facebook sahaja, tetapi kini pembangun laman sosial terkemuka berkenaan turut telah mulakan ujian untuk membolehkan pengguna muat-naik melalui web di desktop.

Facebook Stories Desktop

Melalui ciri yang ditemui oleh TechCrunch ini, ia membolehkan pengguna memuat-naik gambar atau video daripada desktop – atau turut menggunakan webcam untuk merakamkannya.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan yang mana Facebook ingin meneruskan fokus pada Facebook Stories ini, dan mereka mungkin menyertakan sejumlah ciri baru lain pada fungsi ini.


TIPS & ULASAN