Cari @ Amanz

AMD menyatakan bahawa mereka bakal mengumumkan CPU Ryzen generasi kedua mereka, Ryzen Desktop 2000 pada bulan April kelak, tetapi kini nampaknya terdapat sedikit butiran yang tertiris mengenai salah satu CPU baru tersebut melalui pangkalan data SiSoft.

Melalui pangkalan data tersebut, nampaknya model CPU AMD Ryzen yang tertiris tersebut ialah AMD Ryzen 5 2600. Ia hadir dengan kelajuan asas 3.4GHz, dimana ia adalah 200Hz lebih laju daripada CPU AMD Ryzen 5 1600 sebelum ini. Dari segi spesifikasi fizikal, ia hadir dengan sejumlah 6 teras dan 12 bebenang kuasa, dan hanya menggunakan kuasa sebanyak 65W.

Dalam pada itu, papan induk yang dipadankan dengan CPU ini ialah ASUS ROG Crosshair VII Hero yang hadir dengan cipset X470 yang direka khusus untuk CPU AMD Ryzen generasi kedua ini.

Model CPU Ryzen 5 2600 yang diuji hanyalah sebuah sampel ujian, dan tidak menunjukkan prestasi sebenar cip pemprosesan ini. Apa-apa pun kita tunggu sehingga bulan April kelak apabila siri CPU ini diumumkan secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd