Carian
CPU Intel Core i7-8705G Dilihat Menewaskan CPU Intel Coffee Lake Dan GPU NVIDIA MX150 Dalam Ujian Saringan
January 19, 2018 Nazrin

Siri CPU terbaru Intel, yang hadir dengan teknologi grafik dari AMD yang dinamakan siri Intel Core G menjanjikan prestasi perkomputeran dan grafik dalam satu yang lebih berkuasa dari apa yang ada di pasaran hari ini.

Baru-baru ini, CPU Intel Core i7-8705G yang hadir dengan GPU AMD Vega M diuji didalam laptop Dell XPS 15 terbaru, berlawan dengan Acer Swift 3 yang hadir dengan CPU Intel Core i5-8250U dan kad grafik NVIDIA MX150, dan juga laptop Dell XPS 13 yang hadir dengan CPU Intel Coffee Lake dan cip grafik Intel Graphics 620.

Ujian penanda-aras yang digunakan untuk ujian ini ialah Rise of The Tomb Raider, dimana pengguna dapat menguji pelbagai jenis adegan, termasuklah adegan dalaman, luaran dan yang hadir dengan pelbagai aksi.

Mengikut keputusan ujian penanda-aras ini, dapat dilihat bahawa Dell XPS 15 dengan CPU Intel Core i7-8705G dengan GPU RX Vega M hadir dengan purata skor kadar bingkai tertinggi pada 35fps, manakala Acer Switch 3 dengan Intel Core i5 8250U dan NVIDIA MX 150 mencatatkan purata skor 24fps. Di bahagian paling bawah, laptop Dell XPS 13 dengan Intel Graphics 620 pula hanya mencatatkan purata skor sebanyak 9fps.

Walaupun ujian ini bukanlah sesuatu yang konklusif, tetapi ia sedikit sebanyak memberi gambaran prestasi CPU kerjasama Intel dan AMD ini. Kini kita hanya perlu menunggu untuk beberapa bulan sahaja sebelum lebih banyak lagi laptop dengan CPU terbaru ini akan hadir.

Komen