U Mobile Ingin Melancarkan Perkhidmatan Dompet Digital Pada Tahun Ini

U Mobile Ingin Melancarkan Perkhidmatan Dompet Digital Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Setakat ini, kita telah melihat sejumlah syarikat hadir dengan perkhidmatan dompet digital tersendiri, termasuk seperti Boost, vCash daripada Digi, selain Telekom Malaysia sendiri yang mempunyai perancangan lebih kurang sama.

Kini, pihak U Mobile turut berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan dompet digital mereka pada tahun ini.

Melalui dompet digital, pengguna boleh menambah kad kredit atau dana pada akaun anda, dan menggunakannya untuk pembayaran di tempat-tempat yang menerima pembayaran menggunakan platform berkenaan.

Buat masa ini, U Mobile menantikan kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia sebelum memperkenalkan perkhidmatan mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN