Acer Ingin Membawa Masuk Monitor 65-inci BFGD Dengan NVIDIA G-Sync Ke Pasaran Malaysia

Acer Ingin Membawa Masuk Monitor 65-inci BFGD Dengan NVIDIA G-Sync Ke Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Acer pada awal tahun ini, melalui acara CES 2018 telah memperkenalkan sebuah monitor baru hasil kerjasama dengan NVIDIA dibawah monitor BFGD (Big Format Gaming Display) yang dioptimasikan untuk permainan video.

Dinamakan Predator Big Format Gaming Display, ia menawarkan skrin bersaiz 65-inci, menawarkan sokongan paparan 4K HDR pada kadar segar semula 120Hz, dan dilengkapi sokongan NVIDIA G-Sync. Monitor ini turut mengintegrasikan sokongan penstriman NVIDIA SHIELD bersama dengannya untuk memainkan filem dan rancangan TV.

Acer Predator BFGD

Bercakap mengenainya hari ini pada Asia Pacific Predator League 2018, pihak Acer mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk memasarkan monitor ini pada peringkat global – termasuk Malaysia.

Walaubagaimanapun, harga jualan dan bilakah ia akan ditawarkan masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN