Cari @ Amanz

Facebook pada minggu lepas telah mengumumkan yang mana mereka akan lebih mengutamakan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga pada News Feed tidak lama lagi – berbanding dengan perkongsian daripada Pages dan sebagainya.

Kini, berkongsi langkah kedua gergasi sosial berkenaan, Facebook kini mengumumkan mereka akan mula mengutamakan berita daripada penerbitan yang lebih dipercayai oleh pengguna pada laman sosial mereka – berbanding sebelum ini.

Facebook mengatakan mereka akan mengambil kira beberapa data untuknya, dan memperlihatkan apakah yang dinyatakan oleh komuniti sebagai dipercayai.

Disamping itu, Facebook turut akan memperlihatkan lebih banyak kandungan berinformasi berbanding kandungan lain, selain berita-berita tempatan yang berlaku disekitar seseorang pengguna.

Perubahan ini akan mula dilakukan oleh Facebook bermula dari Amerika Syarikat pada minggu hadapan – dan diperlanjutkan ke seluruh dunia selepas itu. Langkah ini dijangka akan mengurangkan perkongsian kandungan kurang berkualiti, dan pada masa yang sama mengelak berita palsu merebak dikalangan pengguna laman sosial berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd