Wine 3.0 Dilancarkan – Memudahkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux

Wine 3.0 Dilancarkan – Memudahkan Anda Menjalankan Perisian Windows Pada Linux

Diterbitkan pada Jan 20, 2018 oleh .

Wine HQWine merupakan salah satu perisian yang membantu anda menjalankan sejumlah perisian Windows pada sistem operasi Linux dan BSD. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru Wine yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Seperti ramai sedia maklum, sokongan perisian rasmi untuk platform Linux adalah sedikit kurang berbanding dengan Windows. Ini membuatkan beberapa pengguna kurang mengemari Linux.

Melalui Wine, ia memberikan alternatif untuk perkara berkenaan, dan memudahkan anda untuk terus menggunakan perisian Windows pada Linux. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan perisian Adobe Photoshop pada Linux – walaupun Adobe tidak menawarkan sokongan rasmi untuknya, tetapi perkara ini dijayakan melalui Wine.

Melalui Wine 3.0 yang dilancarkan kini, ia menawarkan sokongan untuk Direct3D 10 dan 11, penambah-baikkan untuk Direct2D, serta sokongan untuk pemacu grafik Android.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Linux atau BSD, anda boleh memuat-turun dan mencuba Wine 3.0 hari ini secara percuma.

Muat-Turun Wine untuk Linux


TIPS & ULASAN