Huawei Menawarkan Mate 9 Porsche Design Pada Harga RM3999

Huawei Menawarkan Mate 9 Porsche Design Pada Harga RM3999

Diterbitkan pada Jan 21, 2018 oleh .

Huawei Malaysia sedia melancarkan Huawei Mate 9 Porsche Design pada 2016 yang lepas, dan ia telah ditawarkan pada harga RM6999 ketika itu. Kini, selain daripada akan menawarkan Matebook pada harga diskaun, pihak Huawei Malaysia turut dilihat menawarkan Huawei Mate 9 Porsche Design pada harga RM3999.

Daripada penyenaraian di Lazada, ia mempunyai 1 unit berbaki lagi ketika artikel ini ditulis.

Huawei Mate 9 Porsche Design

Huawei Mate 9 Porsche Design hadir dengan skrin 5.5-inci dengan resolusi 2K, cip Kirin 960, memori 6GB RAM dan ruangan storan 256GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang mengabungkan 12MP RGB dengan 20MP Monokrom, selain turut hadir dngan sokongan pengecasan pantas bersama dengannya.

Bagi anda yang inginkan rekaan premium berjenama, mungkin anda boleh menyemak penawaran Huawei Mate 9 Porsche Design ini di Lazada. Selain daripada itu, Huawei juga turut menawarkan Huawei Mate 10 Porsche Design di Malaysia pada harga RM6999.


TIPS & ULASAN