Oppo A83 Berharga RM999 Di Malaysia

Oppo A83 Berharga RM999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 21, 2018 oleh .

Oppo sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar Oppo A83 dipasaran Malaysia bermula minggu hadapan. Kini, beberapa hari lebih awal, sejumlah penjual tempatan telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan kepada pengguna yang berminat.

Oppo A83 merupakan telefon pintar yang hadir dengan skrin 5.7-inci, dilengkapi cip MediaTek Helip P23, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkannya juga adalah kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Oppo A83

Oppo A83 hadir dengan fokus rekaan skrin menggunakan bingkai tepi yang sedikit nipis, selain turut menggunakan kamera hadapan untuk pengimbasan wajah untuk nyah-kunci peranti. Ia tiada sensor pengimbas cap jari. Kamera hadapan telefon pintar ini juga turut menyertakan mod kecantikkan khusus untuk rakaman selfie.

Oppo A83 ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM999.


TIPS & ULASAN