Cari @ Amanz

Selamat datang ke hampir penghujung bulan Januari dan mungkin ada baiknya jika kita melihat sistem operasi manakah paling popular di kalangan peranti iOS. Dari maklumat rasmi Apple, iOS 11 ialah sistem operasi paling tinggi peratusan penggunaannya dengan 65%. Ini diikuti oleh iOS 10 (28%) dan lain-lain (7%).

Kadar penggunaan sistem operasi iOS terkini ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan sistem operasi Android. Seperti kami laporkan sebelum ini, Android Oreo hanya digunakan oleh 0.7% peranti. Pada waktu yang sama kadar penggunaan iOS 11 masih di belakang iOS yang pada Januari tahun lalu sudahpun melangkaui 75%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd