Telekom Malaysia Memperlihatkan Pengganti Untuk Webe – Unifi Mobile

Telekom Malaysia Memperlihatkan Pengganti Untuk Webe – Unifi Mobile

Diterbitkan pada Jan 21, 2018 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah menamatkan penawaran Webe, iaitu perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan data tanpa had pada harga langganan RM79 sebulan. Kini, selepas berdiam untuk beberapa hari, kini TM telah mengemaskini laman web mereka, dan memperlihatkan perkhidmatan baru yang dinamakan Unifi Mobile.

Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Unifi Mobile

Unifi Mobile

Untuk tempoh promosi sehingga 31 Mac 2018 kelak (atau sehingga stok masih ada), Unifi Mobile menawarkan pendaftaran akaun percuma dengan data percuma 20GB untuk digunakan pada rangkaian LTE. Telekom Malaysia memanggilnya sebagai pelan Bebas. Ia turut hadir dengan 10 minit panggilan percuma, dan 10SMS percuma bersama dengannya.

Menggunakan Unifi Mobile, pengguna boleh menambah sebarang tambahan dengan mudah melalui aplikasi mudah-alih. Sebagai contoh, sekiranya data atau pelan panggilan anda habis digunakan, anda boleh membeli penambahan. Unifi Mobile mengatakan semua penambahan tiada tarikh luput – tetapi anda perlu memastikan akaun anda aktif setiap 90 hari dengan membeli sekurang-kurangnya satu penambahan.

Untuk penawaran penambahan pelan data, ia boleh dikatakan sedikit mahal berbanding syarikat komunikasi lain, iaitu:
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Untuk internet asas, ia hanya dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi WhatsApp, Facebook dan sebagainya yang memerlukan akses internet perlahan. Seperti biasa, anda boleh melanggan sebarang pakej tambahan ini, dan berkongsinya melalui penggunaan hotspot – sedikit berbeza dengan penawaran pelan Webe sebelum ini.

Untuk penambahan pelan panggilan dan SMS pula, Unifi Mobile menawarkan penambahan:
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi Unifi Mobile di Android atau iOS, dan mencubanya sendiri.

Kita mungkin akan mengetahui lebih lanjut mengenainya dalam beberapa hari akan datang ini.

Layari : Unifi Mobile FAQ

Muat-Turun Unifi Mobile untuk iOS

Muat-Turun Unifi Mobile untuk Android

Terima kasih Mizik_25 untuk tips


TIPS & ULASAN