UTM Akan Mula Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus Bermula 1 Februari

UTM Akan Mula Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus Bermula 1 Februari

Diterbitkan pada Jan 22, 2018 oleh .

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh dikatakan menerajui beberapa perkara menarik dalam arena teknologi, seperti penggunaan pembayaran nirtunai dan sebagainya. Terkini, ia dilihat mereka turut dalam persediaan untuk mula menggunakan bas elektrik sepenuhnya dalam kampus bermula 1 Februari 2018 kelak.

Projek ini adalah usahasama pihak UTM Skudai bersama COMOS, Maraliner dan juga Go Auto. Mereka dijangka menggunakan bas elektrik berjenama Higer untuk tujuan pengangkutan mesra alam ini.

Bas elektrik ini dijangka akan menggunakan bateri yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 20 minit, dan bergerak sehingga 100 kilometer dengan pengecasan penuh.

Dengan langkah UTM ini, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai universiti tempatan lain melakukan perkara sama pada tahun ini.


TIPS & ULASAN