Cari @ Amanz

China ialah kilang dunia kerana kemampuan mereka menghasilkan produk dengan pantas serta murah. Jadi tidak mengejutkan anda boleh membeli sebuah “iPhone X” di China beberapa bulan sebelum produk sebenar dilancarkan. Industri memalsukan peranti-peranti popular amat subur di negara ini. Tetapi peranti manakah yang paling kerap dipalsukan sepanjang 2017?

 Menurut laporan Antutu, tahun lalu Samsung Galaxy S7 Edge ialah mangsa pemalsuan terbesar. Malahan tujuh daripada sepuluh peranti paling kerap dipalsukan ialah keluaran Samsung. Ini diikuti pula oleh Samsung W2016,  iPhone 7 Plus, Samsung W2017 dan OnePlus 3T.

Pengeluar yang menjadi mangsa terbesar ialah Samsung dengan 36.23% diikuti oleh Apple (7,72%) , Xiaomi (4.75%) dan Oppo (4.46%). Data yang dikongsikan ini mungkin bukan data yang paling tepat kerana bergantung kepada pengguna yang memuat turun aplikasi Antutu. Tetapi ia memberikan kita sedikit petunjuk tentang dunia pemalsuan peranti.

Kami secara peribadi pernah membeli sebuah Galaxy S2 palsu beberapa tahun yang lalu. Dari luaran ia memang kelihatan seperti produk sebenar tetapi ia menggunakan pemproses dan kamera yang kurang berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd