Penghantaran Kad-SIM Untuk Unifi Mobile Akan Dilakukan Mulai 24 Januari

Penghantaran Kad-SIM Untuk Unifi Mobile Akan Dilakukan Mulai 24 Januari

Diterbitkan pada Jan 22, 2018 oleh .

Semalam kita sedia melihat Telekom Malaysia memperlihatkan pelan talian telekomunikasi terbaru mereka yang terbaru, iaitu Unifi Mobile. Perkhidmatan baru ini masih belum diumumkan secara rasminya, tetapi ia tidak menghentikan para pengguna daripada membuat tempahan dan menerima kad-SIM untuknya.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna boleh memuat-turun aplikasi Unifi Mobile, dan mendaftar serta mendapatkan kad-SIM. Kad-SIM untuknya boleh didapatkan dengan penghantaran terus ke alamat anda, atau dengan anda pergi mengambilnya sendiri di TM Point.

Unifi Mobile

Bercakap mengenainya, kini TM telah mula menghantar SMS kepada semua pengguna baru yang mendaftar, dan mengatakan mereka hanya boleh mengambilnya bermula 24 Januari 2018 kelak.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin TM akan mengumumkan perkhidmatan ini secara rasminya pada 24 Januari atau 25 Januari kelak.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memohon kad-SIM percuma daripada Unifi Mobile yang hadir bersama 20GB data percuma, dan tanpa sebarang tarikh luput.


TIPS & ULASAN