Sony sedia mempunyai sejumlah aksesori menarik untuk para peminat PlayStation. Kini, mereka turut melangkah setapak lagi kehadapan dan memperkenalkan sebuah kasut edisi khusus hasil kerjasama dengan pihak Nike, yang dinamakan PG-2 “PlayStation” Colorway.
Kasut tersebut direka khas dengan pelbagai imej dan lambang-lambang ikonik PlayStation seperti pada lidah kasut tersebut, terdapat logo PG dan PlayStation yang akan menyala seakan konsol PlayStation dihidupkan. Dengan menggunakan rekaan warna seakan alat kawalan DualShock, ia sememangnnya direka khas untuk peminat Playstation.
Menariknya juga, pada penghujung tumit kasut tersebut juga akan terdapat kod khas PSN yang pengguna boleh tebus untuk mendapatkan tema dinamik khas Paul George pada Playstation 4.
Kasut Nike PG-2 Playstation Colorway akan dilancarkan secara global pada 10 Februari ini. Buat masa ini, ia masih belum diketahui bilakah kasut ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Artikel ini diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu.