Cari @ Amanz

Tahun 2018 telah bermula dan banyak peranti telahpun hadir ke pasaran tempatan, sekaligus menyediakan pelbagai pilihan untuk pengguna. Ada yang memfokuskan selfie, hadir dengan paparan bernisbah 18:9, fungsi nyahkunci berasaskan pengecaman muka, dan pelbagai lagi.

Berikut merupakan lapan ciri yang membuatkan ASUS ZenFone Max Plus M1 berbaloi dimiliki anda bagi memulakan tahun baru 2018 ini.

Paparan Skrin 18:9

Pertengahan tahun 2017 memperlihatkan pelbagai trend baru pada peranti namun salah satu yang paling ketara berkaitan dengan penampilan peranti adalah paparan skrin pada nisbah yang berlainan berbanding sebelum ini. Paparan baru pada nisbah 18:9 menghasilkan paparan yang lebih panjang namun turut membuatkan peranti selesa dipegang.

ASUS ZenFone Max Plus M1 membawakan paparan pada nisbah 18:9, dengan resolusi 1440 x 720. Meskipun ia menggunakan paparan bersaiz 5.7-inci, ia tidak membuatkan peranti menjadi lebih besar, sekaligus membuatkan ia selesa dipegang dan mudah dibawa kemana-mana berbanding kelas Phablet.

Dwi-Kamera Utama PixelMaster

Trend seterusnya yang popular pada tahun lepas adalah penggunaan Dwi-Kamera bagi tujuan pengimejan yang bagus dan pantas, serta menghasilkan keperincian gambar dengan kualiti yang tinggi.

Pada peranti ini terdapat dwi-kamera 16MP f/2.0 dan 8MP yang turut menyertakan fungsi PDAF dan juga lampu LED Flash. Dengan teknologi PixelMaster, terdapat banyak fungsi disertakan termasuklah mencantikkan wajah, Super Resolution yang menghasilkan gambar sehingga 64MP, fungsi Time Lapse dengan penjimatan kuasa, dan pelbagai lagi.

Berikut merupakan gambar yang dirakam menggunakan kamera utama ASUS ZenFone Max Plus M1. 

Kamera Depan Dengan Bokeh

Mungkin penekanan dilihat bagaikan mengutamakan kamera utama dibahagian belakang, namun kamera dibahagian hadapan ASUS ZenFone Max Plus M1 turut tidak terkalah. Ini kerana ia berupaya menghasilkan kesan bokeh pada gambar, walaupun tidak mempunyai dwi-kamera untuk tujuan selfie.

Kameranya menggunakan 16MP f/2.0 dan terdapat fungsi mencantikkan wajah secara langsung sebelum gambar dirakam, memudahkan pengguna merakam selfie yang cantik dan menambah baik kualiti gambar. Pengguna turut boleh menambah kesan khas kepada gambar yang dirakam.

Bateri Besar Dengan Reverse Charging

Seperti namanya Max Plus, bateri yang terdapat pada ASUS ZenFone Max Plus M1 ini menyertakan bateri berkapasiti tinggi sebesar 4,130 mAh. Bateri ini juga mampu memberikan waktu bersedia selama 26 hari menggunakan 4G.

Malah lebih menarik lagi walaupun baterinya berkapasiti besar, saiz bateri ini masih tidak menjadikannya ia besar dan tebal. Satu rekaan yang harus dipuji buat ASUS.

Satu lagi fungsi yang terhasil berkat bateri berkapasiti tinggi ini adalah fungsi Reverse Charging. Dengan peranti ini, ia berupaya mengecas peranti lain sekiranya peranti lain memerlukan pengecasan.

Face Unlock Dengan Pengimbas Cap Jari

Satu lagi trend peranti pada tahun 2017 yang popular adalah fungsi Face Unlock. Fungsi yang membolehkan pengguna menyahkunci peranti hanya dengan imbasan muka ini memudahkan pengguna untuk pantas mengoperasikan peranti.

Fungsi Face Unlock yang terdapat pada ASUS ZenFone Max Plus M1 ini mempunyai satu kelainan berbanding peranti Android yang lain, dimana pengguna boleh memilih untuk melakukan imbasan muka untuk melihat notifikasi, sekaligus melindungi maklumat peribadi pengguna.

Sebagai perlindungan tambahan, pada peranti ini juga terdapat pengimbas cap jari dibahagian belakangnya. Ini sekaligus menambah pilihan sekuriti yang boleh diaktifkan pengguna.


Dan apa yang membuatkan peranti ini lebih berbaloi adalah kerana harganya. Walaupun ditawarkan pelbagai trend dan kecanggihan peranti terkini, ia dijual pada harga RM 899. Pada harga tersebut, ia jauh lebih mampu milik berbanding peranti jenama lain yang menawarkan kecanggihan yang sama, pada harga yang jauh lebih tinggi.

Anda boleh membeli peranti ini dari pengedar rasmi ASUS di seluruh Malaysia, dan anda juga boleh menyemak lokasi penjual menerusi halaman ASUS ini.

Penafian: Advertorial Dari ASUS Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd