Gboard Untuk iOS Kini Hadir Dengan Fungsi Menghasilkan GIF Beranimasi

Gboard Untuk iOS Kini Hadir Dengan Fungsi Menghasilkan GIF Beranimasi

Diterbitkan pada Jan 22, 2018 oleh .

GIF beranimasi masih lagi popular walaupun sudah berusia 31 tahun. Kelajuan internet semasa membuatkan GIF beranimasi tidak perlu dinantikan untuk ditonton. Bagi pengguna iOS, anda kini boleh menghasilkan GIF beranimasi sendiri terus dari papan kekunci Gboard,

Kemaskini aplikasi ini membawakan fungsi menghasilkan GIF beranimasi secara terbina. Sebuah butang dengan lambang infiniti kini dapat dilihat pada bucu atas kanan papan kekunci. Apabila ditekan, terdapat dua pilihan untuk melakukan GIF yang berulang atau GIF bergerak secara pantas. Selepas GIF dihasilkan, ia boleh dihias dengan teks atau lakaran oleh pengguna. Selepas disimpan ia boleh dikongsi dengan mudah ke platform media sosial pilihan.


TIPS & ULASAN