Minecraft Mempunyai Lebih 74 Juta Pengguna Aktif Pada Disember 2017

Minecraft Mempunyai Lebih 74 Juta Pengguna Aktif Pada Disember 2017

Diterbitkan pada Jan 22, 2018 oleh .

Minecraft merupakan salah satu permainan dengan konsep menarik yang dimiliki oleh Microsoft. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform, dan turut merupakan antara permainan mesra kanak-kanak – malah turut digunakan secara meluas dalam pendidikan.

Bercakap mengenainya, pihak Minecraft melalui temuramah bersama PopSugar mengatakan permainan berkenaan mempunyai sekitar 74 juta pemain aktif pada bulan Disember kelak.

Angka ini boleh dikatakan adalah agak tinggi berbanding pelbagai permainan lain. Sebagai perbandingan, permainan PUBG sendiri kini telah terjual lebih 30 juta salinan, tetapi masih tidak diketahui lagi berapakah angka pemain aktif yang memainkannya setiap bulan.


TIPS & ULASAN