Google Play Books Akan Menambah Buku-Audio Tidak Lama Lagi

Google Play Books Akan Menambah Buku-Audio Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 22, 2018 oleh .

Buku-audio bukan sesuatu yang baru, malah telah ditawarkan sejumlah pihak pada hari ini, termasuk melalui iTunes dan sebagainya. Kini, ia dilihat Google turut ingin menambah sokongan berkenaan pada Google Play Books tidak lama lagi.

Seperti ramai sedia maklum, Google Play merupakan laman sehenti Google dalam menawarkan pelbagai kandungan digital kepada pengguna – termasuk aplikasi, permainan, filem, buku dan sebagainya. Ia telah sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan, selain menyertakan sejumlah buku terbitan tempatan pada platform mereka.

Google Play Audiobook

Beberapa pengguna kini mengatakan yang mana mereka telah mula melihat gambar acah untuk buku-audio pada Google Play, sekaligus memberikan petanda yang mana ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Dengan populariti bahan audio seperti muzik, podcast dan sebagainya, tidak mustahil buku-audio turut akan menerima permintaan tinggi dikalangan pengguna.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya daripada Google dan melihat bagaimanakah penawaran berkenaan untuk pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN