Cari @ Amanz

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods dijual di Malaysia pada harga RM 849 sepasang. Pada harga yang tinggi ini ramai pengguna hanya perlu berpuas hati dengan melihat sahaja kerana tidak mampu memilikinya. Sekiranya anda mahukan fon telinga tanpa wayar seakan AirPods, TicPods Free telah dilancarkan di China.

Rekaan TicPods Free mempunyai banyak persamaan dengan AirPods. Perbezaan hanya terletak pada tiga pilihan warna dan tempat simpanan dengan rekaan yang lebih menyerupai Gear Icon X. Seperti pada AirPods, fon telinga ini akan berhenti berbunyi apabila ia terjatuh dari telinga. Terdapat juga pad sesentuh pada sisi untuk mengawal pemain muzik, kalis air IPX5, sistem ANC dan sokongan pembantu maya Siri serta Google Assistant.

Setiap TicPods dilengkapi bateri sebesar 85 mAh yang mampu memberikan hayat penggunaan sehingga empat jam. TicPods Free dijual pada harga RMB 499 (~RM 307) sepasang.,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd