Cari @ Amanz

Peranti pertama dengan pengimbas jari terbina pada skrin akan akhirnya dilancarkan pada 14 Januari ini. Vivo X20Plus UD ialah model kemaskini kepada X20 dengan sistem imbasan jari keluaran Synaptics. Peranti ini dilengkapi skrin sebesar 6.43″ AMOLED FHD+ FullView Display.

Ia dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM dan storan 128GB. Kemampuan kamera utama ialah 24+5 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 12-Megapixel. Bateri sebesar 3800 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang masih menggunakan Android Nougat. Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini tetapi dijangka sekitar RMB 3998 (~RM 2642) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd