Cari @ Amanz

Penipuan dalam mana-mana permainan dalam-talian boleh dikatakan sebagai suatu lumrah, kerana perbuatan ini telahpun berleluasa sejak bertahun-tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, pembangun permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, yang baru-baru ini berkata bahawa mereka telah mengenalpasti 100 ribu pemain permainan komputer tersebut yang menipu didalam permainan tersebut, dan akan menggantung pemain-pemain tersebut sekaligus tidak lama lagi.

Tambahan dari itu, PUBG Corporation juga berkata bahawa para pekerja mereka akan sentiasa memantau permainan tersebut untuk memastikan bahawa pemain-pemain yang sah dapat bermain permainan tersebut tanpa perlu risau mengenai penipu-penipu ini.

Mereka juga berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan penguatkuasa antarabangsa untuk memastikan bahawa pembina-pembina perisian penipuan ini ditangkap ataupun disaman kerana merosakkan pengalaman pengguna permainan PUBG yang inginkan persekitaran permainan yang adil dan menggembirakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd