Cari @ Amanz

Opera sebelum ini sedia memperkenalkan ciri perlindungan daripada skrip melombong kriptowang pada pelayar web desktop mereka. Terkini, selain daripada pada pelayar web desktop, Opera turut menambah ciri yang sama pada pelayar web mudah-alih.

Opera Mini Kriptowang

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa laman web yang mengintegrasikan skrip melombong kriptowang – dimana ia menggunakan sumber tenaga pada peranti anda untuk tujuan perlombongan, sekaligus meningkatkan kadar penggunaan bateri dan CPU. Ia secara tidak langsung memberikan impak kepada penggunaan peranti untuk tujuan lain, dan sebagainya.

Bagi pengguna peranti mudah-alih, anda boleh melindungi peranti dengan memasang pelayar web Opera Mini hari ini, dan melindungi peranti anda daripada skrip melombong tanpa sedar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd