Apa Lagi Pengguna Telekomunikasi Mahu ?

Apa Lagi Pengguna Telekomunikasi Mahu ?

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Terdapat banyak pertanyaan yang terbuku di hati apabila kita melepasi sesetengah umur. Mungkin selepas tamat mengambil SPM anda akan bertanya: kemanakah hala tuju selepas ini? Bilakah mahu mengambil lesen memandu? Komputer jenis apakah yang perlu dimiliki? Dan juga peranti apakah yang sesuai digunakan?

Dan satu lagi soalan yang selalu menghambat anda adalah: Pelan telekomunikasi yang manakah anda ingin langgani ?

Prabayar Atau Pascabayar ?

Jika dahulu, soalan paling popular adalah baik dari pilihan prabayar atau pascabayar. Kedua-dua pelan ini mempunyai baik buruknya tersendiri, malah terdapat perbezaan keistimewaan serta faedah seolah-olah wujud dua darjat berbeza dalam menggunakan pelan telekomunikasi.

Prabayar GST

Pelan prabayar biasanya amat sesuai dengan pengguna yang baru mengenali pelan telekomunikasi, dan memerlukan penggunaan spesifik. Namun sesuai namanya, ia hanya boleh digunakan selagi mana pengguna mempunyai baki atau masih dalam tempoh penggunaan yang sah.

Bagi pelan pascabayar, biasanya ia dikaitkan dengan komitmen bulanan yang menjamin perkhidmatan yang konsisten, namun harganya boleh dikatakan berada di paras yang sedikit tinggi. Ia juga dilihat menjadi pilihan bagi syarikat atau keluarga yang selalu menggunakan talian bersama, sekaligus dapat memudahkan urusan bil. Namun anda akan terikat dengan kontrak penggunaan, yang sekaligus mengikat anda sekiranya anda tersalah pilih.

Duit

Akan tetapi persamaan antara kedua-dua pelan prabayar dan pascabayar adalah, kadangkala ia ditawarkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin langsung tidak diperlukan oleh pelanggan, sekaligus menyumbang kepada perbelanjaan berlebihan sedangkan ia mungkin dapat dijimatkan sekiranya pelanggan mempunyai pilihan untuk mencipta sendiri pelan telekomunikasi yang ideal.

Apakah pelan yang ideal?

Pelan telekomunikasi yang ideal dan berpotensi memuaskan hati segenap pengguna adalah apa sahaja tawaran yang membebaskan pengguna dari belenggu pilihan prabayar dan pascabayar yang tidak dapat diubah, dan membolehkan mereka memilih perkhidmatan berdasarkan apa yang mereka sukai,

Apple iPhone 8

Ada yang menyukai lebih data, ada yang menyukai lebih panggilan, dan mungkin masih ada yang menyukai SMS tanpa had. Alangkah baiknya sekiranya terdapat perkhidmatan yang menjanjikan pengguna bebas memilih perkhidmatan mengikut citarasa tersendiri.

Revolusi Pelan Telekomunikasi

Selain dari kebebasan pilihan diatas, terdapat banyak lagi perkhidmatan masakini yang menjadi keperluan semasa. Ada pengguna yang suka untuk menonton video, ada yang gemar melayari rangkaian sosial, atau mungkin ada yang kerap mengembara dan memerlukan lebih data untuk tujuan perayauan antarabangsa.

Instagram Stories

Dan bagi memenuhi corak penggunaan sebegini, pengguna tidak seharusnya dibelenggu masalah kontrak penggunaan, tidak seharusnya dirisaukan dengan tarikh luput pelan mereka, dan tidak perlu diganggu dengan mesej peringatan bil penggunaan, malah bebas menggunakan pelan tersebut atau sebaliknya.

Itulah baru yang dipanggil sesuatu yang baharu dalam pelan telekomunikasi.


Bagi generasi digital masakini, istilah prabayar dan pascabayar hampir menjadi kurang relevan, kerana ia tidak menjamin kebebasan dan fleksibiliti pengguna. Dan nampaknya tahun 2018 bakal menjanjikan sesuatu yang baru untuk pengguna tempatan, iaitu fleksibiliti dalam pemilihan pelan telekomunikasi.

Dan pada akhir bulan ini, satu syarikat telekomunikasi tempatan bakal membawakan perubahan, dan membebaskan pengguna dari belenggu ikatan perkhidmatan yang tidak memberikan kebebasan. Sama-sama kita nantikan perasmiannya 29 Januari ini.

Penafian: Ini adalah advertorial.


TIPS & ULASAN