Samsung Galaxy S9 Mungkin Mampu Merakam Video Pada Tetapan 1080P 480FPS

Samsung Galaxy S9 Mungkin Mampu Merakam Video Pada Tetapan 1080P 480FPS

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Tahun lalu Sony memperkenalkan sistem kamera Motion Eye yang mampu merakam video pada tetapan sehingga 960 FPS. Ini adalah kerana teknologi sensor bertimbun yang digunakan mempunyai memori terbina. Samsung telah berkongsi maklumat terkini mengenai sensor ISOCELL mereka menerusi lama khas yang mungkin akan digunakan pada Galaxy S9 kelak.

Sensor terbaru ini menggunakan teknologi FRS (Fast Readout Sensor) tri-timbun yang memberikan kemampuan merakan video pada tetapan 1080P 480FPS. Ini ialah peningkatan dari tetapan maksimum 1080P 60 FPS pada Galaxy S8 dan Note 8 tahun lalu. Turut disahkan ialah penggunaan teknologi Dual Pixel  dan Super PD bagi menangkap gambar dengan pantas serta terang.

Pada kotak Galaxy S9 yang tetiris sebelum ini tertulis ayat “Super Slow-Mo”. Maka terdapat kemungkinan besar sensor inilah yang digunakan pada S9 kelak. Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan di MWC Bercelona bulan hadapan.

Sumber Samsung menerusi GalaxyClub


TIPS & ULASAN