Telegram X Kini Hadir Untuk Android – Aplikasi Eksperimental Yang Lebih Pantas

Telegram X Kini Hadir Untuk Android – Aplikasi Eksperimental Yang Lebih Pantas

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Telegram sebelum ini telah menawarkan aplikasi permesejan versi eksperimental mereka untuk pengguna iPhone, dinamakan Telegram X – yang mana memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan lebih pantas berbanding aplikasi Telegram biasa.

Kini, selain untuk iOS sahaja, pihak Telegram turut memperluaskan penawaran Telegram X untuk pengguna Android.

Telegram X dibangunkan dengan fokus untuk lebih pantas dan lancar berbanding aplikasi Telegram biasa.

Telegram X

Disamping itu, aplikasi ini juga akan menyertakan sejumlah ciri-ciri versi ujian sebelum ia diperkenalkan untuk pengguna umum.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, dan mempunyai akaun Telegram, mungkin anda boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi ini hari ini.

Muat-Turun Telegram X untuk Android


TIPS & ULASAN