U Mobile hari ini mengumumkan promosi untuk pelan Unlimited HERO Postpaid P79 baru, dimana pelanggan baru yang melanggan Unlimited HERO Postpaid P79 daripada hari ini sehingga 31 Mac 2018 kelak akan menerima akaun Spotify Premium secara percuma selama 6 bulan.
Pelan Unlimited HERO P79 ini hadir dengan langganan RM79 sebulan, dimana ia menyertakan pelan data 20GB, panggilan suara tanpa had, selain penawaran data untuk penstriman muzik, video, dan laman sosial.
Bersama-sama dengannya, pihak U Mobile turut mengumumkan pengenalan U Mobile HERO P68 yang mana hadir fokus untuk pengguna laman sosial, dan menawarkan data tanpa had untuk Facebook, Instagram, Twitter, WhatsAPp, WeChat dan Facebook Messenger.
Untuk U Mobile HERO P68, ia menawarkan data 15GB dan menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, serta 500MB untuk perayauan.
Kedua-dua pelan baru ini boleh didaftarkan oleh pengguna bermula hari ini.