Android 8.1 Kini Memperlihatkan Kelajuan WiFi Awam

Android 8.1 Kini Memperlihatkan Kelajuan WiFi Awam

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana menemui banyak WiFi awam. Kemudian anda perlu mencuba setiap satu WiFi tersebut untuk menguji kelajuannya? Ini ialah sesuatu yang amat membuang masa. Pada peranti Android 8.1, ini tidak lagi akan menjadi masalah dengan pengenalan fungsi baru yang diterima semalam.

Kemaskini terbaru Android 8.1 membawakan fungsi yang menunjukkan kelajuan WiFi awam yang tidak terkunci di belakang kata laluan. Kelajuan diklasifikasikan ke dalam empat kategori iaitu Very Fast (20 Mbps+), Fast (5-20 Mbps), OK (1-5 Mbps) dan Slow (0-1 Mbps). Data mengenai kelajuan WiFi terbuka ini dikumpul dari pengguna-pengguna terdahulu.


TIPS & ULASAN