Carian
AMD
AMD Mengumumkan Spesifikasi APU Raven Ridge Ryzen 2000G
January 23, 2018 Nazrin

Laptop-laptop yang menggunakan APU Ryzen Mobile masih belum hadir di pasaran lagi, tetapi nampaknya pihak AMD tidak membazir sebarang masa memperkenalkan siri APU untuk komputer desktop mereka, iaitu siri APU AMD Ryzen 2000G, yang bakal hadir di pasaran tidak lama lagi.

Siri APU Ryzen 2000G ini hadir melalui dua model, iaitu AMD Ryzen 3 2200G dan juga AMD Ryzen 5 2400G. APU Ryzen 5 2400G hadir dengan 4 teras dan 8 bebenang kuasa dengan kelajuan pemprosesan 3.6GHz, dengan iGPU Vega 11, yang juga menandakan jumlah teras NGCU (Next Generation Compute Unit) yang hadir pada APU ini. Dari segi kelajuan pula, iGPU Vega 11 ini ialah 1250MHz.

APU Ryzen 3 2200G pula hadir dengan 4 teras dan 4 bebenang kuasa dengan kelajuan pemprosesan 3.4GHz, menggunakan iGPU Vega 8 yang hanya hadir dengan 8 teras NGCU pada kelajuan 1100MHz.

Kedua-dua APU ini hadir dengan pengganda kelajuan asas, dan boleh di-overclock dengan mudah. Selain dari itu, ia juga hanya memerlukan 65W kuasa elektrik untuk menggerakkannya. Kedua-dua APU ini juga menyokong memori DDR4 sebesar 64GB melalui konfigurasi memori dual-channel.

Menurut AMD lagi, APU AMD Ryzen 2000G ini akan hadir di pasaran pada 12 Februari kelak, pada harga $99 (RM400) untuk AMD Ryzen 3 2200G dan $169 (RM676) untuk AMD Ryzen 5 2400G.

Komen