Netflix Kini Bernilai Lebih $100 Bilion

Netflix Kini Bernilai Lebih $100 Bilion

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Netflix merupakan salah satu syarikat digital yang popular di dunia, dimana mereka menawarkan kandungan berbentuk video seperti siri televisyen dan filem yang boleh distrim terus melalui pelayar web, televisyen, mahupun peranti mudah-alih.

Dengan pengumuman kewangan mereka untuk suku tahun lepas, Netflix kini mencatatkan satu lagi rekod, dima ia dikatakan syarikat berkenaan bernilai lebih $100 bilion.

Seperti semua sedia maklum, Netflix membuat pelaburan tinggi untuk kandungan eksklusif pada platform mereka – sekaligus menarik ramai pengguna mendaftar dan membuat langganan bulanan untuk menggunakannya. Malah, paling terkini, filem Bright memperlihatkan mereka turut memasarkannya secara meluas – termasuk menggunakan papan iklan tepi jalan sekitar Lembah Klang untuk menarik pengguna ke perkhidmatan Netflix.

Dengan peningkatan positif ini, ia mungkin akan terus membolehkan Netflix bersedia untuk menghadapi cabaran dengan pihak Disney – yang dijangka turut ingin memperkenalkan perkhidmatan penstriman video tersendiri seawal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN