Cari @ Amanz

Paparan skrin bersaiz Ultra-Wide nampaknya semakin popular dikalangan gamer PC tegar di seluruh dunia. Malah, nampaknya golongan gamer di Malaysia juga semakin terbuka untuk menggunakan paparan ini untuk pengalaman gaming yang lebih mantap.

ASUS Malaysia bakal membawa masuk dua paparan skrin Ultra-Wide ini ke pasaran tempatan pada bulan Februari kelak, iaitu ASUS ROG STRIX XG35VQ dan juga XG32VQ. Walaupun saiz kedua-dua paparan ini adalah berbeza (32 inci, 35 inci), ia hadir dengan resolusi UWQHD 3440×1400 dan juga lengkungan 1800R dan kadar segar semula 100Hz yang menggunakan teknologi Adaptive Sync, ataupun FreeSync dari AMD.

 

Monitor-monitor XG35VQ dan XG32VQ ini juga hadir dengan rekaan hampir nirbingkai, yang membolehkan anda menggunakan beberapa paparan ini didalam setup multi-display.

Kedua-dua model ini juga hadir dengan sistem pencahayaan LED RGB Aura Sync yang boleh diselarikan dengan papan induk, kad grafik dan juga aksesori-aksesori seperti papan kekunci dan tetikus.

Dalam pada itu, ASUS juga dilihat menunjukkan teknologi Extreme Low Motion Blur (ELMB) melalui paparan-paparan ini yang menjanjikan pengurangan motion blur dan memastikan objek-objek yang bergerak dengan laju kelihatan lebih tajam dan berseri.

Menurut pihak ASUS Malaysia, kedua-dua paparan ASUS ROG STRIX XG32VQ dan XG35VQ ini akan hadir dipasaran Malaysia sekitar penghujung bulan Februari 2018, dan akan dijual bermula pada harga RM2649.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd