RED Hydrogen One Akan Dilancarkan Pada Suku Ketiga 2018 Dan Diperkasakan Pemproses Snapdragon 835
RED

RED Hydrogen One Akan Dilancarkan Pada Suku Ketiga 2018 Dan Diperkasakan Pemproses Snapdragon 835

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

RED Hydrogen One diumumkan kewujudannya pada Julai tahun lalu. Ia adalah percubaan pertama RED untuk menghasilkan sebuah peranti pintar dengan kemampuan kamera yang tinggi dan juga aksesori modular. Pra-tempahan telah dibuka pada harga bermula dari $1195 (~RM 4694) sebuah walaupun tidak spesifikasi atau tarikh pelancaran diumumkan.

RED HydrogenHari ini beberapa maklumat baru akhirnya dikongsi oleh pihak RED menerusi forum mereka. Pertama sekali peranti ini akan dilancarkan pada musim panas ini. Peranti akan mempunyai skrin dengan resolusi  2560×1440 pixel. Skrin ini menyokong paparan 2D dan juga 4V holografik yang tidak memerlukan kaca mata untuk menonton paparan 3D.

Pemproses Snapdragon 835 akan digunakan dan juga bateri sebesar 4500 mAh. Terdapat sokongan dwi SIM, kad mikroSD dan bicu audio 3.5mm. Saiz peranti hanya beberapa milimeter lebih besar berbanding peranti dengan skrin 5.7″ biasa dan hanya sekitar 57 gram lebih berat.

RED HydrogenKedua-dua kamera hadapan dan belakang mampu merakam video dalam format 4V serta 3D tanpa menggunakan modul tambahan. Video yang diambil boleh dikongsi semula dalam format 2D dengan mudah begitu juga dengan sokongan media sosial. Akhir sekali pembesar suara stereo disertakan pada bahagian hadapan dengan audio spatial turut disokong. Lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang tarikh pelancaran.  Adakah anda teruja dengan pengumuman ini?


TIPS & ULASAN