Carian
Sennheiser Membuka Kedai Flagship Di Suria KLCC – Menunjukkan Pelbagai Fon Kepala Baru Dan Terhad
January 23, 2018 Nazrin

Sennheiser, pembuat peralatan audio terkemuka daripada negara Germany membuka kedai flagship mereka di pusat membeli-belah Suria KLCC hari ini, untuk memudahkan orang ramai untuk membeli fon-fon kepala dan mikrofon dari syarikat tersebut.

Kedai flagship Sennheiser ini direka bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan mencuba fon-fon kepala sebelum membelinya, tetapi juga untuk menunjukkan fon-fon kepala terbaru dan edisi terhad dari Sennheiser.

Di hari pembukaan kedai flagship tersebut, Sennheiser memperlihatkan beberapa fon kepala edisi terhad mereka, termasuklah siri Sennheiser HD 25 edisi Robin Schulz, Sennheiser Momentum HD 1 edisi Pink Floyd dan juga siri fon kepala Dior Homme x Sennheiser yang hadir melalui Sennheiser HD 800 S, Sennheiser PXC 550 dan Sennheiser IE 800 yang diberikan sentuhan rekaan Christine Dior.

Selain dari itu, kedai flagship Sennheiser di Suria KLCC ini juga menjadi rumah kepada sebuah fon kepala Sennheiser HE 1, yang merupakan fon kepala paling mahal di dunia setakat ini pada harga 50,000 Euro (RM200,000). Para pelawat boleh menempah tempat untuk pengalaman mendengar fon kepala yang cukup mahal ini pada waktu kedai dibuka.

Bersempena pembukaan kedai flagship Sennheiser ini, syarikat tersebut juga memberi diskaun sebanyak 20 peratus untuk setiap pembelian fon kepala di kedai tersebut dari 23 Januari hingga 28 Januari 2018.

Komen