Cari @ Amanz

Telekom Malaysia dilihat telah memulakan proses penjenamaan semula pelbagai produk penawaran umum dibawah jenama Unifi. Selain daripada penjenamaan semula, TM juga dilihat memposisikan semula pelbagai produk mereka, dan memfokuskan kepada satu penawaran yang selari.

Kini, dengan pengenalan Unifi Mobile, pihak Telekom Malaysia dilihat turut telah menghentikan penawaran perkhidmatan jalur-lebar 4G mereka untuk pendaftaran baru. Dinamakan sebagai TMgo, ia sebelum ini telah diperkenalkan pada 2014 yang lepas.

TMgo

Berbeza dengan Webe, TMgo ditawarkan untuk penggunaan bersama modem mudah-alih – tetapi masih hadir dengan konsep prabayar, dan menawarkan kad-SIM khusus untuknya.

Buat masa ini, hanya pendaftaran baru sahaja yang dihentikan. Pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya dan menambah-nilai untuk perkhidmatan TMgo seperti biasa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd