Carian
Facebook Mencipta Unit Masa Baru, Flick
January 23, 2018 Aman

Facebook sedia mempunyai pelbagai produk menarik, dan hari ini mereka membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah unit masa baru, dinamakan sebagai Flick.

Flick merupakan unit masa yang merupakan sebahagian daripada saat, iaitu 1/705,600,000 saat. Facebook mencipta unit masa ini dalam memudahkan mereka yang bekerja dalam bidan kesan visual kreatif, dan memudahkan penyesuaian dengan kadar bingkai seperti 24hz, 25hz, 30hz sehinggalah kepada 120hz dengan mudah.

Secara kasar, sekiranya membangunkan kandungan video dengan kadar bingkai 24fps, maka ia akan memerlukan setiap bingkai sepanjang 0.0416667 saat – yang mana mungkin sedikit sukar untuk dikira. Melalui penggunaan unit Flicks, anda boleh dengan mudah melakukannya dengan kadar 29400000 flicks.

Dengan penggunaan pihak Facebook untuk unit masa baru ini – terutamanya dalam arena multimedia dan realiti-maya, kita mungkin akan dapat lihat ia digunakan dengan lebih meluas dalam masa terdekat ini.

Komen