Adobe Memperkenalkan Ciri Pemilihan Objek Berasaskan Kecerdasan Buatan Pada Photoshop

Adobe Memperkenalkan Ciri Pemilihan Objek Berasaskan Kecerdasan Buatan Pada Photoshop

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Pada bulan November lepas, Adobe telah memperlihatkan kemudahan untuk membuat pemilihan objek pada Photoshop dengan sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, dinamakan Select Subject.

Selepas hanya mempertontonkan kepada umum sebelum ini, hari ini Adobe mengumumkan pengenalan ciri berkenaan kepada semua melalui kemaskini baru Photoshop bermula hari ini.

Adobe PhotoShop

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh memuatkan gambar ke Adobe Photoshop, dan membuat pemilihan “Select Subject” pada pemilihan dibawah “Quick Selection”. Seterusnya anda boleh memilih, dan kecerdasan buatan Adobe akan menentukan sama ada ia adalah objek, haiwan, manusia atau sebagainya – sekaligus memudahkan lagi anda membuat penyuntingan.

Daripada beberapa contoh yang diperlihatkan, pemilihan yang dilakukan kadang-kala adalah baik, tetapi kadang-kala memerlukan sedikit penyuntingan tambahan – tetapi lebih menjimatkan masa berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang menggunakan Adobe Photoshop, boleh mengemaskini perisian anda hari ini, dan menggunakan ciri baru ini.


TIPS & ULASAN