Carian
Google Memperkenalkan Penawaran Buku-Audio Pada Google Play
January 24, 2018 Aman

Selepas ketirisan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya telah pun memperkenalkan sokongan penjualan buku-audio melalui Google Play Books, sekaligus memberikan lebih pilihan kandungan kepada pengguna – dan tidak lagi terhad untuk penawaran buku digital biasa semata-mata.

Google Play Audio Books

Melalui penawaran buku-audio, ia membolehkan anda mendapatkan sesuatu buku pada harga yang kompetitif, dan ia dibacakan kepada anda. Pengguna turut boleh menggunakan ia bersama Google Assistant, dan meminta pembantu maya berkenaan membacakan kepada anda melalui telefon atau Google Home.

Bagi anda yang meminati buku-audio, boleh menyemak penawaran Google hari ini melalui Google Play Store, dan mendapatkannya.

Komen