Cari @ Amanz

Masih tidak selesai lagi kes ketirisan data peribadi pengguna sebelum ini, kini Lowyat melaporkan yang mana lebih 220,000 data peribadi penderma organ Malaysia bersama-sama maklumat waris mereka tertiris ke arena web.

Daripada data yang didapati oleh mereka, ia memperlihatkan data pengguna sehingga 31 Ogos 2016, dan menyertakan sejumlah informasi, termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, dan sebagainya. Data yang tertiris ini melibatkan maklumat peribadi penderma organ daripada antara tahun 2009 hingga 2016 lepas.

Bercakap mengenainya, pihak Pusat Sumber Transplan Nasional melalui tweet mengatakan mereka sedia maklum mengenai ketirisan ini, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga dengan sebarang panggilan atau emel mencurigakan, dan menyemak sesuatu perkara lebih daripada sekali untuk mengelak menjadi mangsa phishing dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd