Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menambah sokongan HDR (High Dynamic Range) ke pelayar web Chrome pada Windows.
Seperti ramai sedia maklum, dengan penambahan HDR ia akan menawarkan warna yang lebih jelas dan terang, serta penggunaan hitam yang lebih hitam. Walaubagaimanapun, untuk menikmatinya, anda masih memerlukan monitor dan kad grafik yang menyokongnya.
Selain daripada sokongan ini, Google turut mengumumkan yang mana mereka kelak akan melancarkan sokongan realiti-maya di web bagi memudahkan lagi anda menikmati kandungan interaktif melaluinya.