Instagram Kini Menyokong “Sticker” GIF Beranimasi Pada Video Dan Story
Artikel Berkaitan

Instagram Kini Menyokong “Sticker” GIF Beranimasi Pada Video Dan Story

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Penggunaan sticker pada aplikasi popular kini merebak ke Instagram. Pihak Instagram mengumumkan sokongan sticker dalam bentuk GIF beranimasi dari Giphy pada aplikasi mereka. Kesemua sticker ini boleh digunakan pada video dan Story yang dimuat naik oleh pengguna.

Pengguna boleh melihat sticker yang sedang hangat digunakan atau melakukan carian dari koleksi-koleksi GIF beranimasi yang ekstensif. Turut diumumkan ialah sokongan memuat naik gambar tanpa mengira saiz. Sebelum ini gambar dalam kedudukan menegak sahaja boleh dimuat naik ke Story. Dengan kemaskini terbaru gambar pelbagai saiz boleh dimuat naik dan disaizkan semula mengikut kehendak pengguna.

Buat masa ini hanya fungsi GIF beranimasi diaktifkan selepas kemaskini ke versi 29. Fungsi-fungsi lain akan diaktifkan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.


TIPS & ULASAN