Intel baru-baru ini mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai tidak memuat-turun dan memasang kemaskini yang membetulkan masalah kerentanan Meltdown dan Spectre. Ini membuatkan banyak syarikat-syarikat pembina komponen untuk mula hadir dengan kemaskini mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
ASRock, pembuat papan induk terkemuka baru-baru ini hadir dengan kemaskini BIOS yang dikatakan akan memperbaiki masalah reboot ini yang hadir untuk papan induk siri Z/H/B 8X, 9X, 1XX, 2XX, Z370, X99 dan X299 mereka.
Pihak ASRock berkata lagi bahawa mereka sedang bekerja keras dengan pihak Intel untuk memastikan mereka memperbaiki sebarang kerentanan yang hadir melalui mana-mana kemaskini akan diperbetulkan secepat mungkin.
- Muat-turun kemaskini BIOS ASRock Untuk Papan Induk Intel Di Sini