Carian
Xiaomi Memulakan Pembangunan MIUI Generasi Seterusnya – MIUI10
January 24, 2018 Aman

Xiaomi buat masa ini masih lagi dalam proses pengenalan MIUI 9 untuk sekitar 40 peranti mereka, tetapi ia tidak menghentikan pihak mereka untuk memulakan pembangunan generasi seterusnya untuk sistem operasi berkenaan.

MIUI 10

Seperti ramai sedia maklum, MIUI adalah sistem operasi berasaskan Android yang digunakan oleh Xiaomi, dan menyertakan rekaan antaramuka yang mesra pengguna dengan sejumlah ciri-ciri tambahan. Selain hanya untuk peranti Xiaomi, MIUI juga turut ditawarkan oleh komuniti untuk beberapa peranti popular.

Kini, melalui sebuah acara khas, pihak Xiaomi mengumumkan yang mana mereka telah memulakan pembangunan untuk sistem operasi MIUI seterusnya, dikenali MIUI 10 buat masa ini.

Buat masa ini, apakah ciri penuh yang akan disertakan masih tidak diketahui lagi. Tetapi, daripada info awal, ia dikatakan akan menyertakan integrasi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bersama-sama dengan MIUI generasi akan datang.

Komen